Utsman Bin Affan
Perjalanan Hidup
Uthman Bin Affan RA
Kisah ini adalah untuk sama-sama
berkongsi dengan umat Islam mengenai khalifah ketiga yang telah memegang jawatan sebagai khalifah selama 70 tahun. Khalifah ketiga yang disebutkan ialah Saidina Uthman Bin Affan. Beliau merupakan antara sahabat Nabi Muhammad SAW
yang telah banyak berjasa untuk agama Islam yang suci ini.
Di sini, akan dikisahkan segalanya mengenai Uthman Bin Affan. Bermula dari tarikh beliau
dilahirkan sehinggalah penghijrahan beliau ke agama Islam. Seterusnya, akan dinyatakan tentang sifat-sifat kepujian Saidina Uthman, cara perlantikan beliau sebagai khalifah dan komplikasi yang berlaku semasa melantik beliau sebagai khalifah. Terdapat juga tugas-tugas yang telah Uthman Bin Affan lakukan sepanjang tempoh beliau menjadi
khalifah. Pembunuhan khalifah Uthman Bin Affan yang dilakukan dengan sangat kejam juga akan dikongsikan bersama di dalam kisah ini.
Diharapkan umat
Islam dapat mengenali Saidina Uthman Bin Affan dan menghormati segala yang telah beliau korbankan
demi memajukan agama Islam.
Natijahnya, sebagai
seorang muslim, kita haruslah mengenali
dan mentafsir dengan lebih mendalam lagi mengenai perkembangan
Islam dari awal zaman agar kita tidak melakukan
kesalahan yang telah dilakukan dan mengambil iktibar daripada segala yang telah berlaku.
SALAH SILAH UTHMAN BIN AFFAN
BIODATA UTHMAN
Nama lengkap Uthamn ialah Uthman bin Affan bin Abu al-Ash bin Umayyah
bin Abdu Syams bin Abdu Manaf
bin Qushayyi bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luayyi bin Ghalib al-Qurasyi al-Umawi. Beliau merupakan
keturunan Bani Umaiyyah.
Saidina Uthman dilahirkan
di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Mekah.
Beliau dilahirkan di Taif
pada tahun ke-6 menurut kiraan tahun gajah.
Semasa zaman Jahiliyyah, beliau dikenali sebagai Abu Amru. Tetapi selepas beliau memeluk Islam dan berkahwin dengan puteri Rasulullah SAW, Ruqiyah, beliau telah di gelar sebagai Abu Abdullah setelah dikurniakan seorang anak lelaki
yang diberi nama Abdullah. Beliau juga digelarkan sebagai “Zunnurain” yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua puteri Rasulullah
SAW iaitu Ruqiyah dan kemudiannya Ummi Kalthum selepas kematian Ruqiyah semasa terletusnya perang Badar. Uthman telah behijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habsyah
dan yang kedua ke Madinah.
Di Mekah, Uthman merupakan antara yang terawal yang tahu membaca dan menulis. Uthman tidak mendapat kerusi di dalam pentadbiran di Mekah lalu beliau mengalihkan
perhatiannya kepada bidang perniagaan. Beliau meniaga sehingga dalam seluruh ahli keluarga
dan saudara maranya, beliaulah orang yang paling kaya sekali
hasil dari keuntungan dalam perniagaan yang beliau jalankan.
KELUARGA UTHMAN
Bapa beliau adalah Affan bin Abu al-As bin Umaiyah. Telah meninggal dunia
dan meninggalkan balu bernama Arwa binti Kuraiz bersama anak lelaki
bernama Uthman dan seorang anak perempuan bernama Aminah di samping mewariskan harta dan perniagaan yang besar.
Ibu beliau bernama Arwa binti Kuraiz bin Rabi’ah bin Habib bin Abdu Syams
bin Abdu Manaf bin Qusai
bin Kilab, anak kepada al-Baidha’ binti Abdul Muttalib yang juga merupakan saudara Nabi Muhammad SAW. Selepas
kematian Affan, Arwa telah dikahwini oleh Uqbah bin Abu Mu’ait al-Umawi dan melahirkan beberapa orang cahaya mata iaitu al-Walid, Umarah, Khalid, Ummu Khaltum,
Ummu Hakim dan Hind. Mereka semua
adalah adik-beradik kandung Uthman dari sebelah ibunya.
Uthman Bin Affan mempunyai adik perempuan iaitu Aminah binti Affan. Semasa zaman Jahiliyyah, Aminah telah bekerja sebagai penyikat rambut. Dia telah memeluk
Islam pada hari pembukaan kota Mekah. Uthman ada seramai tiga
orang adik-beradik lelaki
dan tiga orang adik-beradik
perempuan dari sebelah ibunya. Adik-beradik lelaki beliau ialah; Al-Walid bin Uqbah bin Mu’ait, ‘Umarah bin Uqbah, Khalid bin Uqbah. Saudara perempuan Uthman seibu dengannya pula ialah; Ummu Kalthum binti Uqbah, Ummu Hakim
binti Uqbah dan Hind binti Uqbah.
Sayyidina Uthman pernah
mengahwini lapan orang perempuan yang kesemua mereka adalah selepas
kedatangan Islam. Isteri-isteri
beliau yang dimaksudkan itu ialah; Ruqiyah
Binti Rasulullah SAW, Ummu Kalthun binti Rasulullah
SAW, Fakhitah binti Ghazwan,
Ummu Amru binti Jundub al-Azdiyah, Fatimah binti al-Walid bin Abu Syams
bin al-Mughirah al-Makhzumiyah,
Ummu al-Banin binti ‘Uyainah
bin Hisn al-Fazariyah, Ramlah binti Syaibah bin Rabi’ah al-Umawiyah, Na’ilah binti al-Farafisah al-Kalbiyah.
Seterusnya, Uthman telah
dikurniakan seramai sembilan anak lelaki.
Mereka adalah; Abdullah,
Abdullah al-Asghar, Amru, Khalid, Aban,
Umar, Al-Walid, Sa’id dan Abdul Malik. Beliau mempunyai seramai tujuh orang anak perempuan hasil dari perkahwinannya
dengan lima orang wanita.
Anak-anak perempuan beliau itu ialah;
Maryam, Ummu Sa’id, Aisyah,
Ummu Aban, Ummu Amru,
Maryam as-Sughra dan Ummu al-Banin.
SIFAT-SIFAT UTHMAN BIN AFFAN
Uthman adalah salah seorang tokoh dari
orang-orang pilihan yang kedudukannya
tinggi dimata kaumnya, hingga tiada yang berani menyinggung kehormatannya baik dengan perkataan
mahupun perbuatan yang akan menodai dan menyakititnya.
Saidina Uthman bin Affan
ialah seorang lelaki yang mempunyai ketinggian sederhana. Raut wajahnya cukup tampan dengan bulu keningnya
yang lebat, lebih menampakkan kelelakiannya. Beliau berketurunan Quraisy dan dikira sebagai orang yang paling arif tentang situasi kabilah itu samada
yang baik mahu pun yang buruk. Beliau selalu
dikunjungi oleh orang-orang Quraisy
yang mahu bertanyakan banyak perkara padanya.
Uthman merupakan seorang yang pemalu dan baik hati. Rasulullah SAW sendiri pernah memujinya: “Sifat malu umatku yang paling benar ialah sifat malu
Uthman”.
Beliau sendiri
pernah berkata sebelum beliau mati dibunuh: “Demi Allah, aku malu untuk
melakukan perbuatan terkutuk samada semasa Jahiliyah mahu pun setelah aku memeluk Islam”.
Beliau juga seorang
yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi. Secara tidak langsung
keperibadiannya itu turut mempengaruhi keluarga dan sahabat-handai sehingga hati mereka
bersatu di bawah pimpinannya.
Saidina Uthman r. a amat
ramah dengan rakyatnya sehinggakan mereka menjadi bimbang terhadapnya kerana sikapnya yang terlalu baik itu. Beliau
prihatin terhadap rakyatnya hinggakan beliau begitu bimbang
jika ada sesiapa yang ditimpa sesuatu tanpa pengetahuannya
dan orang itu tidak sempat meminta pertolongan daripadanya.
Beliau juga ialah
seorang yang kuat beribadah. Uthman selalu berpuasa di siang hari dan bersolat pada malam hari. Beliau
adalah seorang mukmin yang terlalu takut pada Allah SWT. Setiap kali
beliau melakukan sesuatu maka setiap
kali itulah juga beliau cuba menggambarkan suasana di hari perhisaban kelak. Saidina Uthman dikira sebagai seorang lelaki yang berani kerana tidak pernah mahu
mengundurkan diri dalam setiap peperangan
dan pertempuran. Bahkan beliau adalah di antara orang yang mula-mula sekali menyeru ke arah jihad.
Uthman bin Affan merupakan orang pertama yang menetapkan mata wang, melirihkan suara takbir, mengharumkan masjid, melakukan
azan pertama pada hari
Jumaat, orang yang mendahulukan kuthbah
hari raya sebelum solatnya.
UTHMAN BIN AFFAN MEMELUK ISLAM
Satu hari ketika Uthman bin Affan kembali ke Mekah
setelah selesai berdagang, ketika itu orang ramai berbicara tentang Muhammad bin
Abdullah. Seluruh kota nampaknya berada dalam kekacauan kerana Muhammad memperkenalkan dirinya sebagai Rasulullah. Uthman terus mengunjungi sahabat baik beliau, Abu Bakar untuk mengetahui tentang kepercayaan baru ini. Beliau
tahu bahawa Abu Bakar telah memeluk Islam dan sangat rapat dengan Rasulullah SAW.
Uthman Bin Affan telah menemui Rasulullah SAW bersama Talhah bin Ubaidullah selepas az-Zubair bin al-Awwam. Mereka berdua masuk
berjumpa dengan baginda lalu baginda
membentangkan Islam kepada mereka. Baginda membacakan al Quran, menerangkan tentang hak-hak Islam dan menjanjinkan kemuliaan dari sisi Allah. Lalu mereka berdua pun memeluk Islam dengan hati yang terbuka dan beriman serta membenarkan
apa jua yang baginda sampaikan.
PERLANTIKAN UTHMAN BIN AFFAN
SEBAGAI KHALIFAH
Apabila Umar al-Khattab cedera ditikam, ahli majlis Syura mula berbincang untuk melantik salah seorang daripada enam orang sebagai khalifah. Mereka yang dimaksudkan itu ialah Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf, az-Zubair bin al-Awwam, Saad bin
Abu Waqash dan Talhal bin Ubaidullah.
Semua anggota
Majlis Syura ada di Madinah
ketika itu kecuali Talhal bin Ubaidullah yang amat sibuk dengan beberapa
urusan di luar Madinah.
Abdul Rahman bin Auf mengajukan usul
agar salah seorang di antara
mereka menarik dirinya sebagai calon, agar suaranya nanti menjadi penengah
yang akan menentu pilihan, sekiranya terjadi ketidak sepakatan. Usul ini segera dilaksanakannya
dengan menarik dirinya sendiri. Seterusnya, Zubair menarik diri pula dan memberikan haknya kepada Ali, sementara Saad mencabut pula haknya sebagai khalifah. Dengan demikian terbataslah pilihan itu di antara Uthman dan Ali, dan
untuk menetapkannya, diserahkan kepada Abdul Rahman
bin Auf.
Abdul Rahman harus menyelesaikan tugasnya itu dalam masa tiga hari dan tidak
boleh lebih, sebagaimana telah diwasiatkan oleh Umar. Tetapi dalam masa sesingkat itu, ia harus
pula mengadakan perundingan
dan meminta pendapat semua sahabat Rasulullah SAW secara menyeluruh. Oleh sebab itu, Abdul Rahman telah mengelilingi kota Madinah serta naik turun setiap rumah.
Abdul Rahman menyuruh
orang untuk mencari Uthman
dan Ali, dan keduanya pun datanglah.
Kemudian dimintanya kedua mereka untuk
berjanji bahawa sekiranya terpilih menjadi khalifah, mereka akan berlaku adil
dan sekiranya tidak terpilih, maka haruslah mereka menerimanya dengan taat dan patuh.
Setelah itu, mereka dibawa ke
masjid. Abdul Rahman mengenakan serban
yang pernah dipakaikan kepadanya oleh Rasulullah SAW dan menggantungkan
pedang di pinggangnya. Beliau terus naik ke atas mimbar
dengan pedangnya dicacakkan di hadapan. Setelah bediri agak lama, beliau pun membacakan doa dengan suara yang perlahan sehingga tidak dapat didengar
oleh para jemaah. Kemudian jemaah pun dipanggil untuk berkumpul di masjid, terutama para pemimpin, baik dari kalangan
Muhajirin mahupun Ansar.
Kemudian beliau
mula berkata: “Wahai manusia! Sesungguhnya aku pernah bertanyakan kamu secara rahsia
tentang siapakah ketua kamu tetapi
aku tidak mendapati kamu berlaku adil terhadap
dua orang lelaki ini; samada Ali mahupun Uthman. Bangunlah wahai Ali. ” Ali pun bangun lalu berdiri
dibawah mimbar. Abdul
Rahman segera memegang tangannya dan bertanya: “Adakah kamu sanggup
taat dan setia padaku demi kitab Allah, sunnah NabiNya
dan amalan Abu Bakar dan Umar?” Jawab Ali: “Tidak, tetapi aku
akan taat padamu demi semua itu bergantung pada pendapat dan keupayaanku. ”
Abdul Rahman melepaskan tangan Ali lalu memanggil pula Uthman: “Bangunlah
dan datanglah kepadaku wahai Uthman. ” Uthman pun bangun
dan menuju ke arah Abdul Rahman lalu berdiri di tempat Ali tadi. Abdul Rahman terus memegang tangannya dan bertanya: “Adakah kamu sanggup taat
dan setia padaku demi kitab
Allah, sunnah NabiNya dan amalan
Abu Bakar dan Umar?” jawab Uthman: “Ya, aku sanggup. ”
Abdul Rahman mendongakkan
kepalanya ke bumbung masjid, tangannya masih memegang tangan Uthman dan beliau berkata: “Ya Allah, dengarlah dan
saksikanlah. Sesungguhnya aku menaruh kepercayaan
penuh pada Uthman untuk menjadi pemimpin. ” Orang ramai terus mengelilingi
Uthman untuk memberikan pengiktirafan. Keaadan menjadi amat sesak.
Abdul Rahman terus membacakan
ayat al Quran yang bermaksud
: “Sesungguhnya orang-orang Yang memberi
pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu
(untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak
menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya;
dan sesiapa Yang menyempurnakan
apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar. ” (Surah al-Fath : 10)
Demikianlah, Uthman memikul
tanggungjawab dan beban seorang khalifah yang dianggarkan
semasa beliau berumur 70 tahun.
TUGAS-TUGAS UTHMAN BIN AFFAN
Sewaktu Saidina Uthman Bin Affan menyandang jawatan sebagai khalifah, beliau telah melaksanakan beberapa tugasan dan perkara besar. Di antaranya seperti;
1. PENGUBAHSUAIAN MASJIDIL HARAM
Uthman telah membeli beberapa buah rumah yang terletak di sekitar atau berhampiran dengan masjid itu untuk memperluaskan kawasan masjid. Beliau menambahkan lagi ketinggian dinding dan meletakkan tiang di dalam masjid itu.
2. PENGUBAHSUAIAN MASJID NABAWI
Beliau melakukan
pengubahsuaian dan penambahan
ke atas sturktur
binaan Masjid Nabawi serta memperluaskan lagi kawasannya. Tugasan itu beliau mulakan
pada awal bukan Rabiul Awal tahun 29H. Beliau telah membina
dinding dan tiang daripada batu keras yang dipahat dan diukir manakala bumbung dan atapnya pula daripada kayu dan daun pokok
jati. Pintu-pintu masjid masih dikekalkan sepertimana pada zaman Umar iaitu
enam buah pintu. Ukuran panjang
masjid telah beliau tambah menjadi 160 hasta manakala lebarnya pula 150 hasta.
Tugasan itu beliau lakukan selama sepuluh bulan dan berhenti pada tahun 30H.
3. PENYUSUNAN AL QURAN
Khalifah Uthman telah memerintahkan Zaid bin Thabit, iaitu
penulis Rasulullah SAW untuk
mengumpul semula semua mashaf al Quran lalu menulisnya sekali lagi. Setelah
Zaid selesai melakukan perintah itu, Saidina
Uthman segera meneliti hasil kerja Zaid dan beliau masih lagi
tidak berpuas hati. Beliau telah
menubuhkan sekumpulan penulis dan penyusun al Quran
yang terdiri dari Zaid bin
Thabit dan tiga orang lelaki
Quraisy iaitu; Abdullah bin
az-Zubair, Sa’id bin al-As
dan Abdul Rahman bin al-Harith bin Hisyam.
Bilangan seramai
empat orang itu adalah tambahan kepada tiga orang penulis al Quran di Madinah yang sudah
ada iaitu Nafi’ bin Torif, Abdullah bin
al-Walid al-Khuza’ie dan Abdul Rahman bin Abu Lubabah. Selain mereka yang disebutkan tadi, ada lagi
para penulis lain seperti Ubai binKaab, Kuthayyir
bin Aflah, Malik bin Abu ‘Amir, datuk
kepada Imam Malik bin Anas dan Abdullah bin Abbas. Dengan itu bilangan
penulis dan penyusun al
Quran semuanya ialah seramai dua belas orang. Mereka semua diiktiraf
dan diberi kepercayaan oleh
khalifah. Saidina Uthman menetapkan
Zaid dan Ubai bin Kaab sebagai penulis, Said bin al-As sebagai peneliti bahasa dan yang lain sebagai pembantu.
Bahasa al Quran telah ditetapkan mengikut kefasihan dan sebutan Said bin
al-As kerana loghat beliau lebih mirip kepada
Rasulullah SAW. Beliau tinggal
selama sembilan tahun di sisi Rasulullah dan telah menghayati seluruh keperibadian dan kehidupan Rasulullah SAW.
4. IBADAH HAJI
Khalifah Uthman bin Affan
r. a telah membenarksn kaum muslimin untuk
mengerjakan ibadah haji sekali
setiap tahun di samping menyediakan kemudahan bagi mereka kecuali pada tahun 35H iaitu tahun terakhir beliau menjadi khalifah semasa rumah beliau
telah dikepung oleh puak-puak pengganas. Dengan kata lain, beliau juga turut mengerjakan haji bersama kaum muslimin
dalam tempoh sepuluh tahun berturut-turut.
Ada riwayat menyatakan bahawa semasa beliau
mula-mula menyandang jawatan sebagai khalifah iaitu pada tahun 24H, beliau telah mewakilkan
Abdul Rahman bin Auf supaya mengerjakan
haji bersama orang-orang Islam.
5. PERPINDAHAN MINA DARI
AS-SYU’AIBAH KE JEDDAH
Penduduk-penduduk Mekah
telah berbincang dengan Uthman bin Affan pada tahun 26H supaya memindahkan Mina dari Syu’aibah yang merupakan kawasan Mina yang asal ke sebuah tempat
baru yang lebih dekat dengan Mekah.
Uthman segera pergi ke Jeddah untuk melihat keadaan tempat itu dan kemudian beliau memerintahkan supaya Mina dipindahkan ke Jeddah.
PEMBUNUHAN KHALIFAH UTHMAN BIN
AFFAN
Menjelang bulan
Syawal tahun 35H, seramai 1000 orang Mesir telah berangkat keluar dari wilayah itu dalam beberapa
kumpulan dan diketuai oleh beberapa orang ketua. Para penduduk Kufah juga telah bertolak dalam rombongan yang besar sama seperti
penduduk Mesir. Selain dari dua rombongan ini, ada lagi serombongan
lain iaitu para penduduk Basrah. Bilangan mereka adalah lebih
kurang sama dengan bilangan kedua-dua rombongan tadi.
Para pemberontak ini telah mengepung
rumah Uthman bin Affan dan menghalangi orang-orang untuk bergaul atau berbicara
dengan beliau. Bahkan menuju ke
pintu rumahnya juga tidak dibenarkan. Sekelompok anak sahabat telah berusaha
memerangi pemberontak tersebut tetapi Khalifah Uthman telah memerintah untuk mencegah pertempuran.
Kemudian para pemberontak
telah membakar pintu rumah dan masuk, sementara Uthman r. a membaca al Quran, apa yang dilihatnya tidak menyebabkan dirinya lepas dari bacaannya.
Uthman berkata: “Sesungguhnya
Rasulullah SAW telah memberikan
sebuah janji kepadaku dan aku akan sabar menghadapinya.
” Kemudian beliau menyuruh mereka untuk pulang, lalu
masuklah orang-orang yang mendapat
surat dari orang yang celaka itu dan mereka membunuh jiwa yang bersih ini.
Beberapa orang pemberontak
segera menyerbu masuk ke dalam
rumah dan menyerang Uthman
r. a. Al-Ghafiqi terus menghayunkan pedangnya ke arah Uthman dan tetakan itu tepat
mengenai sasaran. Isteri Uthman cuba mempertahankan suaminya tetapi dia telah
ditetak jarinya oleh Qutairah bin Humran. Jari-jari tangan wanita itu terus
putus sebaik sahaja mata pedang
yang sangat tajam dihayunkan
padanya. Kemudian Sudan bin
Humran pula menghayunkan pedangnya ke arah
Saidina Uthman r. a, diikuti
oleh Kinanah bin Bisyr bin Attab at-Tujaibi. Maka syahidlah Khalifah Uthman
Bin Affan r. a. Dua orang anak
lelaki Uthman juga turut terbunuh. Seorang dibunuh oleh Sudan bin Humran dan
seorang lagi dibunuh oleh Qutairah bin Humran.
Pembunuhan Khalifah Uthman itu telah berlaku
pada tanggal 18 Zulhijjah tahun 35H. Tempoh pemerintahannya ialah selama lebih kurang
12 tahun. Umurnya pada masa
itu ialah 82 tahun.
Pemberontak yang zalim
itu telah membunuh khalifah, suami kepada anak-anak perempuan Nabi mereka, Zunnurain. Mereka membunuhnya secara teramat zalim, maka pembunuhnya adalah orang yang zalim dan orang
yang menghina Uthman r. a adalah
orang yang salah.
PENUTUP
Berdasarkan perjalanan
hidup Saidina Uthman Bin Affan, didapati bahawa beliau adalah
seorang yang sangat tabah dalam menghadapi apa sahaja ujian
yang diberi oleh Allah. Saidina
Uthman berasal dari keluarga yang berkepentingan dan beliau juga akhirnya menjadi antara manusia yang paling penting dalam sejarah Islam.
Uthman Bin Affan mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan harus dicontohi oleh masyarakat Islam.
Sifat kepimpinan beliau haruslah dicontohi oleh para pemimpin pada hari ini agar sesebuah negara itu akan menjadi
lebih aman dan harmoni. Beliau sememangnya layak menjadi khalifah dan tindakan sesiapa yang membantah adalah sangat tidak wajar. Saidina Uthman sangat berjasa kepada agama Islam kerana
beliau telah melakukan pelbagai tugasan demi untuk menjamin masa depan agama
Islam.
Kisah pembunuhan
Khalifah Uthman sangat menyayat hati
sesiapa sahaja yang mengetahui tentang kisahnya. Kita haruslah melindungi agama kita daripada pengganas dan sanggup bertumpah darah demi mempertahankan agama
Islam yang suci ini.
Kesimpulannya, seorang
muslim haruslah mengambil iktibar dari segala yang terjadi pada Saidina Uthman dan sedar akan kedudukan
diri dan tidak lupa bahwa Allah SWT akan sentiasa menguji
makhluknya. Setiap yang terjadi pasti ada
hikmahnya.
Komentar