Umar Bin Khatab
Sejarah Hidup
Saidina Umar Bin Al Khattab
Pendahuluan
Inilah kisah
dan sejarah hidup tentang Umar Al Khattab dalam memimpin umat Islam serta meluaskan pengaruh Islam di atas muka bumi Allah SWT ini. Mari sama-sama kita berkongsi tentang sejarah hidup beliau ketika
kecil sehingga memeluk Islam, peribadi beliau, cara beliau
dilantik menjadi khalifah, sumbangan beliau di dalam dunia Islam dan kemangkatan
beliau Diharapkan dengan membaca kisah ini, kita
dapat menyebarkan dan merasai sendiri kisah perjalanan hidup beliau sebagai
seorang khalifah.
Natijahnya, kita
sebagai umat Islam perlu diajar dan mengikut sikap-sikap tokoh terdahulu kerana mereka amatlah baik sikapnya dan amat dikagumi oleh setiap umat Islam
1. UMAR BIN AL KHATTAB SEBELUM
ISLAM
“Umar Al-Faruq” demikian gelaran khalifah Islam kedua pada
zaman pemerintahan Khulafa’
ar-Rasyidin. Nama penuh putera Al-Khattab ini ialah Umar bin Khattab bin Naufal bin Abdul Uzaz bin Ribah bin Abdullah bin Qurat bin Zurah bin Ali bin Ka’ab bin Luway bin Fihr bin Malik. Salasilah keturunannya bertemu dengan salasilah keturunan Rasulullah SAW pada moyang
mereka, Ka’ab, iaitu keturunan yang ketujuh daripada kerabat Nabi Muhammad SAW.
Umar dilahirkan pada tahun 584 Masihi di kota Makkah. Ibunya pula bernama Hantamah binti Hisyam bin al-Mughirah bin
Abdullah bin Umar bin Makhzum. Bani Makhzum merupakan satu anggota yang besar dalam kabilah
Quraisy. Semasa zaman Jahiliyah, ia telah
banyak melahirkan pemimpin-pemimpin yang hebat. Mereka terkenal dengan bilangan yang ramai dalam kepimpinan,
masyhur dengan keberanian yang tiada tara, kuat dan keras sehingga kaum Quraisy
menyerahkan tugas penjagaan tali gembalaan dan khemah-khemah kepada mereka. Pada saat sebelum Islam hampir menjelma, tugas ini berada
di tangan Khalid bin al-Walid.
Ramai di kalangan
kabilah Quraisy yang menggalakkan ahlinya untuk membentuk hubungan kekeluargaan dengan Bani Makhzum demi untuk melahirkan keturunan yang kuat dan berani. Oleh itu, Al-Khattab bin Nufail telah mengahwini
Hantamah binti Hisyam yang akhirnya telah melahirkan Umar bin Al-Khattab. Beliau
mewarisi kekuatan dan keberanian dari Bani Makhzum, keras hati dan kasar dari bapanya al-Khattab dan kasih saying dari Bani ‘Adi. Ini adalah sifat
yang jelas terserlah di dalam dirinya sewaktu
dalam keadaan jahiliyah. Umar al-Khattab dilahirkan
42 tahun sebelum Hijrah.
Oleh itu, beliau adalah lebih muda
daripada Rasulullah SAW sebanyak
12 tahun. Umurnya sewaktu kelahiran Islam adalah 29 tahun.
Sewaktu kecilnya,
Umar mengembala kambing. Apabila usianya berginjak remaja, beliau berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan sering berdagang ke Syam. Selain
kedudukan keluarganya yang disegani, Umar juga dikenali sebagai pemuda Quraisy yang gagah berani. Malah,
di pasar Ukkaz, beliau merupakan juara gusti yang paling perkasa Sebelum memeluk agama Islam, Umar
amat memusuhi Rasulullah
SAW. Sikapnya sama seperti Abu Jahal. Umar menganiaya pengikut-pengikut
Rasulullah tanpa belas kasihan Malah, beliau pernah menyeksa
hambanya yang bernama Labinah kerana memeluk agama
Islam.
Ketika Muhammad Al-Amin diutus
menjadi Rasul, usia Umar sudah menjangkau 27 tahun. Pada peringkat awal dakwah Islam, Umar merupakan penghalang besar kepada perjuangan
Rasulullah SAW Kebenciannya kepada
agama Islam amatlah ketara.
Beliau tidak segan silu menyeksa
orang Islam dan beliau juga berpegang
teguh dengan fahaman jahiliyahnya. Namun begitu, Umar tidak mampu untuk
mengugat pendirian mereka terhadap agama Islam.
2 UMAR AL KHATTAB MEMELUK ISLAM
Harapan Rasulullah SAW, agar Umar memeluk Islam diluahkan melalui doanya, “Ya Allah! Perkuatkanlah Islam dengan salah seorang daripada mereka iaitu Amr bin Hisyam (Abu Jahal) atau Umar bin al-Khattab”
Allah SWT memperkenan doa
Rasulullah SAW itu apabila
Umar al-Khattab memeluk Islam sekitar
tahun kelima sesudah Nubuwah atau 616 Miladiah. Pada awalnya, Umar al-Khattab merupakan
tokoh Quraisy yang keras penentangannya terhadap Islam, dan sewaktu mendengar adiknya memeluk agama Islam, beliau naik berang kerana ia merupakan sesuatu yang amat memalukan dan bertentangan dengan pendiriannya. Dengan keadaan yang tergesa-gesa, beliau segera ke
rumah Fatimah binti al-Khattab iaitu
adiknya.
Umar memperlihatkan sikap keras lalu
bertanya dengan suara tinggi, “
Apakah bacaan yang aku dengar tadi,
yang berhenti bila aku tiba?”. “Tidak
ada apa-apa yang dibaca, kamu silap, ” jawab Fatimah dan suaminya serentak. “Tidak silap”, tegas
Umar. “ Tidak silap juga bila aku katakan bahawa
aku tahu kamu berdua sudah
pun menjadi penganut agama
Muhammad!”. Tanpa menantikan
jawapan, Umar al-Khattab menyerang
iparnya dan menampar pipi adiknya, Fatimah. Selepas melihat darah mengalir
menyebabkan Umar menanggung
malu atas tindakannya itu
Umar berkata kepada adiknya, aku ingin lihat
apa yang dibawa oleh
Muhammad. Fatimah menjawab “ Wahai abangku, engkau dalam keadaan
kotor kerana kesyirikanmu, ia tidak boleh
dipegang kecuali oleh orang
yang bersih. ”. Setelah
Umar membersihkan dirinya,
Fatimah pun menyerahkan helaian
ayat suci yang bertulis “ Taha” kepadanya. Setelah membaca ayat-ayat suci tersebut, Umar menyuruh hamba adiknya, Khabbab membawanya ke tempat Muhammad kerana beliau ingin memeluk
Islam. Apabila beliau bertemu Rasulullah SAW, Umar berkata
“Wahai Muhammad, aku datang untuk beriman
kepada Allah, menjadi pengikutmu dan mempercayai apa sahaja yang kamu bawa dari-Nya. ”
3 PERIBADI UMAR BIN AL-KHATTAB
Umar bin al-Khattab ialah
seorang pahlawan yang gagah berani, seorang
ahli ibadat, seorang yang disegani. Beliau terkenal kerana sifatnya yang adil, penyayang, cerdas, teguh pendirian, beriman dan selalu bersedia untuk membela Islam. Sifatnya yang mulia itu sentiasa
menjadi sebutan kawan dan lawan.
Sejak zaman jahiliah
lagi, beliau telah mewarisi jawatan kadi daripada kabilah ayahnya. Jika dibandingkan dengan ahli keluarganya yang lain, Umarlah yang paling cerdas dalam keluarga Bani ‘Adi. Beliau memegang jawatan sebagai wakil kaumnya untuk berunding
dengan abilah-kabilah Arab
yang lain dan sering menghakimi
sesuatu perbicaraan. Oleh sebab itu, beliau
Berjaya menyelesaikan banyak
persengketaan. Sifat adil
Umar tidak mengenal pangkat, kedudukan dan hubungan kekeluargaan, walaupun anaknya sendiri yang melakukan kesalahan. Malah, jika perlu hukuman
terhadap anaknya akan dikenakan melebihi orang lain.
Umar al-Khattab adalah seorang yang tegas dalam menegakkan kebenaran, dan sebelum Islam Merupakan seorang penentang Islam yang amat kuat. Akan tetapi sejurus sesudah memeluk Islam, Umar menjadu lebih berani, dan tegas dalam memperjuangkan
hak dan kebenaran Islam
4 CARA UMAR AL-KHATTAB DILANTIK
MENJADI KHALIFAH
Perlantikan Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua diusulkan sendiri oleh khalifah pertama Abu Bakar ketika beliau menghadapi saat-saat akhir hayatnya pada 21hb Jamadil Akhir,
13 Hijrah. Dalam proses perlantikannya,
Khalifah Abu Bakr terlebih dahulu
meninjau pendapat sebilangan para sahabat mengenai cadangannya itu. Sesudah menimbang
sedalam-dalamnya, dan berpuas
hati di atas pendapat dan pandangan para sahabat. Maka, Khalifah Abu Bakar
mengarah Uthman bin Affan supaya menulis dan mengeluarkan watiqah, yang isi kandungannya melantik Umar al-Khattab sebagai
khalifah untuk menggantikan
tempatnya.
4. 1 Peribadi
Umar selepas menjadi
khalifah
Khalifah Umar mempunyai kelebihan tersendiri dalam melaksanakan pemerintahannya apabila beliau menjalankan hukum dan perundangan berasaskan hak dan keadilan tanpa memikirkan kedudukan dan pertalian keluarga. Kesederhanaan dan penumpuan terhadap tugas dan tanggungjawab selaku pemimpin ummah adalah merupakan ciri perwatakan yang jelas terlihat dalam kehidupan Khalifah Umar. Di dalam
pertumbuhan pemerintahannya
yang luas sehingga menjangkau wilayah-wilayah Empayar
Byzantine dan Parsi, Khalifah Umar tetap meneruskan kehidupannya yang sederhana dan tidak sekali-kali terjebak dengan cara kehidupan
yang mewah dan boros.
Pada suatu ketika, dua utusan daripada Azerbaijan datang ke Madinah dan menyerahkan makanan khas Azerbaijan kepada Umar al-Khattab. Selepas
Umar menikmati makanan tersebut, Umar bertanya kepada utusan itu,
“Apakah seluruh rakyat
Azerbaijan dapat menikmati makanan ini?”. “Tidak. Tidak semua
boleh menikmatinya, ”. jawab utusan
itu. Khalifah Umar berasa marah dan memerintahkan kedua-dua utusan itu supaya membawa
pulang makanan tersebut ke negerinya.
Kepada gabenor, Khalifah
Umar menulis surat, “………makanan semanis dan selazat ini bukan
dibuat daripada wang ayah
dan ibumu.
Kenyangkan perut
rakyatmu, dengan makanan ini sebelum
engkau mengenyangkan perutmu. ” Kisah
ini memberi pengajaran bagi umat Islam, khususnya para pemimpin. Umar al-Khattab telah memberikan pengajaran yang sangat
bererti. Pemimpin harus memikirkan rakyat sebelum dirinya sendiri. Umar juga pernah berkata, “Aku orang yang pertama
yang merasa jika rakyatku kelaparan, dan orang
yang terakhir yang merasa kenyang jika mereka
kenyang”.
5 SUMBANGAN UMAR AL-KHATTAB
TERHADAP DUNIA ISLAM
Dalam pemerintahan
Khalifah Abu Bakar, sebahagian kawasan
di sebelah utara semenanjung Arab, yang terletak
di bawah naugan atau jajahan takluk
Byzantine walaupun Parsi, telah
dapat ditawan oleh pasukan tentera Islam Selain mempertahan kedaulatan kawasan yang dimiliki, maka pengiriman pasukan tentera memasuki keseluruhan rantau kedua-dua Empayar diteruskan oleh Umar bagi menentukan bahawa perkembangan dakwah Islamiah tidak tersekat, di samping menentukan bahawa kedudukan orang-orang Islam di sempadan
utara itu tidak terancam oleh Empayar besar, kekuatan dan kekuasaan mereka, Natijah dari kepimpinan dan komitmennya dalam mengembangkan dakwah, Khalifah
Umar Berjaya menawan negeri-negeri Fars, Palestin, Syria, Mesir, Kazakhtan, Iraq, Armenia, Azerbaijan, Kirman, Khurasan, Makran dan sebahagian
Baluchistan. Apapun jua, hakikatnya menunjukkan bahawa iltizam dan komitmen yang mendalam dihati para sahabat, dibawah kepimpinan Khalifah Umar dalam memperjuang, memperkembang dan memperluas kalimah tauhid melalui peningkatan iman dan taqwa menggambarkan seakan gelombang besar yang melanda pantai yang luas, yang tidak terhalang oleh mana-mana kuasa dunia. Fitrah manusia yang merindui keadilan, kebebasan, keamanan, dan kesejahteraan hidup menyebabkan kehadiran Islam disambut ghairah oleh penduduk dan rakyat yang tertekan
oleh sistem penjajah.
Zaman pemerintahan Umar adalah zaman yang penuh dengan tindakan-tindakan yang membantu mengembangkan Islam, mengangkat bendera kebenaran di atas bumi Allah serta menanam dasar-dasar hukum dan peraturan-peraturannya bagi melaksanakan sebuah pemerintahan yang kuat. Antara tindakan beliau yang paling utama adalah 1. Mengarahkan kumpualan pertama menuju Parsi 2. Kumpulan kedua menewaskan Rom di negeri Syam 3.
Kumpulan ketiga menuju ke Mesir yang dijajah
oleh Rom ketika itu.
WILAYAH
Umar al-Khattab membuat peraturan wilayah Bandar-bandar Islam pada masa Khulafa’ ar Rasyidin
dengan sempurna Abu Bakar membuat asas peraturan
itu dengan mengutus tenetera-tentera bagi perluasan wilayah Islam, termasuk mengirim ketua angkatan tentera. Ketua tentera semasa pemerintahan Abu Bakar adalah
orang yang mengurus daerah-daerah
yang ditaklukinya Manakala
Umar membuat peraturan
wilayah dengan tetap. Pada
masa itu gelaran bagi ‘Wali’, ataupun
‘Amil’ adalah ‘Amir’. Orang pertama
yang dinamakan Amir adalah Mughirah bin Syubah. Kemudian gelaran ini berterusan kepada ketua-ketua tentera ataupun ketua wilayah yang lain
Pada mulanya, Amir adalah kakitangan pemimpin dalam daerah kekuasaannya dan beliau mempunyai tiga bidang kuasa
iaitu membentuk undang-undang, melaksanakannnya
dan menjatuhkan hukuman. Namun, Umar al-Khattab memisahkan
tiga bidang kuasa ini. Amir diberi kuasa melaksanakan
undang-undang dan menjadi
imam masjid. Manakala bagi bidang kuasa melaksanakan
hukuman, beliau melantik Qadhi(hakim) di setiap tempat bagi menguruskan
dan menyimpan harta(baitulmal)Beliau memilih individu tertentu bagi mengurus
cukai dan sedekah. Namun, kuasa para wali, Qadhi dan pegawai-pegawai semuannya tertakluk di bawah kuasa khalifah. Beliau berkuasa melantik mereka dan memecat mereka. Peraturan ini berterusan
sehingga akhir pemerintahan Khulafa’ ar Rasyidin
BAITULMAL
Pemimpin pertama
yang memperkenalkan sistem adalah Umar bin al-Khattab. Simpanan
di Baitulmal diambil daripada zakat orang Islam, cukai
daripada orang bukan Islam,
satu perlima daripada ghanimah iaitu harta rampasan
perang dan harta-harta
orang Islam yang tidak mempunyai
waris apabila meninggal dunia,
PEMBINAAN MASJID
Khalifah Umar mengeluarkan
arahan agar setiap daerah dan kawasan yang dihuni oleh kaum muslimin hendaklah didirikan masjid. Di kota Kufah dan Basrah misalnya, Masjid Jame’ didirikan bagi setiap kota itu
sementara daerah dan kawasan-kawasan lainnya, masjid
yang lebih kecil ukurannya dibina bagi menampung keperluan Jemaah kaum muslimin tempatan. Menurut perkiraan, sebanyak 4000 buah masjid telah didirikan dan dibina sepanjang pemerintahan Khalifah Umar Dalam pada
itu, Masjidil Haram yang terdapat di dalamnya Kaabah dan Baitullah, maka Khalifah Umar telah meluaskan kawasan masjid bagi menampung kehadiran ummah yang semakin ramai bilangannya.
PENCIPTAAN KALENDAR ISLAM
Sejak kelahirannya,
Islam tidak mempunyai
calendar atau taqwin sendiri yang seragam bagi ikutan ummah sebagaimana masyarakat lainnya seperti Parsi, Rom dan
Byzantine. Sehubungan itu,
Khalifah Umar telah mengadakan
perbincangan di kalangan
Jemaah kaum muslimin bagi mengambil ketetapan mengenainya Kalendar Rom atau Parsi dikemukakan akan tetapi ditolak kerana calendar kedua-dua Empayar itu tidak selari
dengan identity Islam. Segolongan
mencadangkan agar calendar Islam dimulai
dari hari kelahiran Rasulullah SAW sementara
satu pihak lagi mengusulkan supaya permulaan kalendar dikira dari hari wafatnya
Rasulullah SAW. Usuk yang dikemukakan
oleh Umar al-Khattab bagaimanapun diterima
dan dipersetujui oleh Jemaah iaitu
kalendar Islam hendaklah dimulakan dari hari penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.
CIRI-CIRI KEKHALIFAHAN
Sepanjang kekhalifahan,
Umar al-Khattab telah memperkenalkan
corak pemerintahan yang efisien dan berkesan, yang antara lainnya membentuk Jabatan Pengawasan dengan tugas-tugas mengawasi alat ukur dan timbang,
mengawal pergerakan lalu lintas, mengawasi
agar binatang tidak dibebankan dengan muatan yang berlebihan, melarang penjualan arak. Seiringan pembentukan Jabatan Pengawasan maka dibentuk secara
berkekalan Jabatan Ketenteraan dengan tugas mendaftar anggota tentera dan menentukan imbuhan sewajarnya. Pendaftaran anggota tentera dimulakan dari golongan Muhajirin dan Ansar, diikuti dengan pendaftaran dari penduduk Tanah Hijaz, kabilah-kabilah
dari Bahrain, Kufah, Basrah, Mosul, Fustat, dan lain-lainnya
Dalam menyusun
pentadbiran wilayah, Khalifah Umar melantik pegawai-pegawai eksekutif yang harus memikul tanggungjawab sesuai dengan jawatan
yang disandang seperti jawatan Katib(Setiausaha), Katib
ad-Dewan (Setiausaha Dewan), Sahibu’l
Kharaj (Pegawai Percukaian), Sahibu’l Andath (Ketua Ketenteraan
Umum), Sahib Baitul Mal (Pegawai
Khazanah Negara), dan al-Hakim (Hakim Mahkamah). Bagi menggelakkan pegawai-pegawai itu tidak terjebak
dengan penyelewengan dan tuduhan rasuah, maka mereka dikehendaki
oleh pemerintah Khalifah Umar supaya
nilai dan harta setiap pegawai itu didaftarkan terlebih dahulu sebelum memegang jawatan yang bersangkutan. Menyentuh amalan rasuah, Rasulullah bersabda “ Dilaknat Allah keatas penyogok dan penerima sogokan mengikut hukum”
KEADILAN DAN LAYANAN BAIK
“Zimmi” atau golongan rakyat bukan Islam yang dinaungi oleh pemerintah Islam, diberikan layanan baik melalui sistem
keadilan yang amat unik, yang tidak dinikmati oleh golongan itu sebelumnya. Golongan “Zimmi” diberikan kebebasan dalam mengamalkan kepercayaan
masing-masing, membunyikan loceng
gereja, membawa salib semasa perarakan
dan mengadakan pesta keagamaan.
TINDAKAN KERAS
Sekalipun keadaan
dan layanan baik begitu terserlah dilaksanakn, namun terdapat golongan tertentu yang tidak dapat melihat keihsanan
pemerintah Islam, disebabkan
mereka mempunyai agenda
yang tersendiri. Orang Yahudi,
seperti di Khaibar, tidak dapat menyesuaikan
diri hidup berbaik-baik dengan orang Islam. Dendam Yahudi dilepaskan
kepada anak Khalifah Umar, sehingga lengannya cedera. Insiden tersebut menyebabkan Khalifah
Umar mengarahkan mereka keluar dari wilayah Islam
6 KEMANGKATAN UMAR AL KHATTAB
Pemerintahan Islam yang hebat
dan agung ini berakhir dengan kemangkatan Saidina Umar pada 27 Zulhijah, 23
Hijrah (643 Masihi). Tempoh
masa pemerintahannya ialah
10 tahun 6 bulan dan 4 hari. Riwayat mengatakan bahawa beliau mangkat
ketika berumur 63 tahun. Allah telah mentakdirkan bahawa Khalifah Umar
mangkat kerana terbunuh. Pembunuhan itu bukan disebabkan oleh ketidakadilannya dalam pemerintah tetapi berpunca daripada sikap perkauman oleh beberapa orang musuhnya. Antara mereka itu ada
yang dikalahkan di medan perang
Pembunuhan Khalifah Umar berlaku ketika beliau sedang bersembahyang
subuh. Beliau menjadi imam sembahyang subuh di Masjid Nabawi di Madinah. Sewaktu
beliau baru sahaja selesai mengangkat takbir, secara tiba-tiba seorang lelaki bernama Fairuz menyerbu ke depan
menghayun khanjar yang beracun
lalu menikam belikat Khalifah Umar bertubi-tubi
Saf hadapan menjadi kacau-bilau. Khalifah
Umar jatuh berlumuran darah. Tempatnya sebagai imam diambil alih oleh Abdul Rahman bin Auf. Setelah
menikam Khalifah Umar, Fairuz cuba
melarikan diri. Semua jemaah solat
di saf hadapan cuba menangkap Fairuz, tetapi semuannya ditikam oleh Fairuz. Selepas itu dia menikam
dirinya dan mati di situ
juga.
PENUTUP
Umar al-Khattab ialah
Khalifah ke-2 dalam Khulafa’
ar Rasyidin. Beliau juga dikenali sebagai Al-Faruq iaitu pemisah hak dan batil. Beliau seorang
yang amat memusuhi Islam ketika zaman jahiliahnya tetapi berkat doa
dari Rasulullah SAW, Umar memeluk
Islam selepas membaca ayat-ayat suci yang diberikan oleh adiknya kepada beliau. Selepas memeluk Islam, Tiada sesiapa pun yang berani menganggu nabi, kerana mereka mengetahui bahawa Umar seorang yang bengis dan kuat. Tiada siapapun
yang dapat mengalahkan beliau Saya dapat simpulkan bahawa Umar seorang yang amat memusuhi Islam tetapi berubah menjadi orang yang amat tegas dan sayangkan Islam. Beliau sanggup berkorban bagi mempertahankan agama Islam. Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kemangkatan khalifah pertama iaitu Abu Bakar as-Siddiq. Zaman pemerintahan
Khalifah Umar dikenali sebagai
zaman keemasan dalam dunia
Islam. Khalifah Umar berjaya meluaskan
wilayahnya, menubuhkan jawatan-jawatan yang menjadikan pentadbiran beliau menjadi lebih efisien.
Walaubagaimanapun, Umar tidak
bangga diri, tidak menggunakan harta dengan sesuka
hati. Malah, beliau hidup dalam
keadaan sederhana. Beliau langsung tidak menggunakan harta rakyat untuk kepentingan dirinya.
Dengan ini dapat kita simpulkan
bahawa betapa pentingnya khalifah mahupun tokoh-tokoh Islam terdahulu dalam meluaskan syiar Islam di seluruh dunia. Keperibadian mereka juga amatlah terpuji. Sifat tawadduk, merendah diri adalah sikap
yang sering diberikan kepada tokoh-tokoh Islam terdahulu. Masyarakat kita sekarang perlu dilatih supaya mempunyai keperibadian seperti mereka. Cara sebegini juga dapat membuatkan masyarakat bukan Islam hormat kepada kita sekaligus
dapat menarik mereka untuk mendekati
Islam.

Komentar