Kisah Abu Bakar As Siddiq
Sejarah Kehidupan
Abu Bakar As-Siddiq
PENDAHULUAN
Alhamdulillah, dengan limpah dan karunia-Nya, Selawat dan junjungan ke atas Baginda
Muhammad SAW. dan sahabat serta
ahli keluarganya kerana dengan jerih payah
mereka, kita masih dapat merasai
keindahan Islam. Marilah sama-sama kita serba sedikit mengetahui
dan mendalami sejarah mengenai sahabat baik Rasulullah SAW. iaitu sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
BIOGRAFI ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Sejarah sayyidina Abu
Bakar bermula apabila beliau lahir pada tahun 573 sebelum hijrah di Mekkah Al-Mukarramah. Ini menunjukkan bahawa beliau lahir 2 tahun selepas kelahiran
Baginda Muhammad SAW. Beliau
berasal dari kerabat bani Tamim, iaitu pecahan daripada
kabilah arab Quraish. Nama sebenar beliau ialah Abdullah tetapi lebih dikenali sebagai Abu Bakar sehingga ada segelintir masyarakat tidak mengetahui nama sebenar beliau. Selepas memeluk Islam, beliau digelar As-Siddiq (yang membenarkan) kerana sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah SAW. Ayah beliau bernama Uthman yang lebih dikenali sebagai Abu Quhafah manakala ibu beliau
pula bernama Salma dan lebih
dikenali sebagai Ummul Khair.
Di dalam sejarah beliau, Abu Bakar mengahwini empat orang wanita. Isteri pertama beliau bernama Qatilah Abd Aziz seterusnya Ummu Ruman, diikuti oleh Asma dan akhirnya Habibah. Beliau mempunya lima orang anak di mana
dua darinya hasil daripada isteri pertama, dua lagi darinya daripada isteri kedua dan seorang lagi lahir
dari rahim isterinya yang keempat. Salah seorang anaknya yang bernama Aisyah berkahwin dengan Rasulullah SAW. menjadikan beliau secara tidak langsung
sebagai mertua nabi Muhammad SAW.
KEHIDUPAN ABU BAKAR SEBELUM
ISLAM
Sejak dari
zaman kanak-kanak, beliau mempunyai peribadi yang mulia. Beliau seorang
yang agak pendiam, seorang yang sangat jujur dan boleh dipercayai. Disebabkan sifatnya yang sangat mulia, beliau menjadi
sahabat baik baginda SAW. sejak dari zaman remaja dan persahabatan mereka terbukti berpanjangan. Beliau mempunyai hati yang lembut dan mudah simpati terhadap
kesengsaraan orang lain. Oleh itu,
beliau sentiasa dan suka menolong mereka
yang miskin dan mereka yang memerlukan
pertolongan.
Sunngguhpun sebelum
memeluk agama Islam, beliau
tidak suka akan kebanyakan adat-adat jahiliyyah seperti berjudi, menanam anak perempuan
hidup-hidup, berkongsi isteri dan lain-lain. Beliau juga
tidak pernah meminum arak walaupun ketika itu arak bagaikan air putih yang boleh menghilangkan dahaga.
Pada zaman sebelum keIslamannya, beliau merupakan seorang peniaga yang berjaya. Beliau pernah menemani
Rasulullah dalam misi perniagaan. Disebabkan beloau terkenal dengan sifatnya yang jujur, peniaga-peniaga lain memberi kepercayaan kepada beliau dan seringkali meminta beliau menjaga duit-duit mereka. Hasilnya, sifatnya yang mulia dan terpuji menjadikan beliau seorang peniaga yang berjaya dan kaya raya.
RENTETAN
PERISTIWA SAYYIDINA ABU BAKAR SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
ISLAM MENYINARI HATINYA
Abu bakar merupakan sahabat paling baik Raulullah. Oleh sebab itu, beliau
memahami baginda lebih dari orang lain dan sifat baginda yang jujur, mulia dan amanah berjaya menarik hati beliau.
Apabila baginda Muhammad
SAW. mengajak beliau beriman kepada Allah secara rahsia, beliau menerima dan beriman serta merta
tanpa ada sedikitpun ragu di hatinya. Ini menjadikan beliau sebagai lelaki pertama yang beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya, iaitu Nabi Muhammad SAW. Apabila beliau menerima Islam, bagindalah orang
yang paling bahagia. Semenjak
beliau memeluk Islam, sayyidina Abu Bakar telah menjadi pembela Islam yang paling
utama serta seorang sahabat yang paling setia dan sentiasa menyokomh bahinda Muhammad SAW. Beliau amat dikasihi
dan dicintai baginda sehingga beliau dikenali sebagai kekasih baginda Muhammad SAW.
DAKWAH BELIAU SECARA RAHSIA DAN
TERBUKA
Sebaik sahaja
beliau menerima cahaya Islam, beliau segera bergerak berdakwah secara rahsia. Orang pertama yang dikunjunginya ialah Uthman, Talhah, Zubair, dan said r. a. Keesokannya,
beliau berdakwah kepada uthman bin Maz’un, Abu Ubaidah, Abdul Rahman
bin Auf dan sebahagian lain kaum
Quraish. Mereka kesemuanya menerima Islam dengan rela hati setelah
diajak oleh beliau. Antara sebab utama dakwah
beliau berjaya adalah kerana peribadi beliau yang terkenal dengan sifat jujur,
amanah, mulia, berakhlak mulia dan adil.
Sungguhpun begitu,
beliau tidak terkecuali daripada mendapat gangguan dari orang kafir Quraish. Di kaabah,
beliau menyaampaikan khutbahnya yang pertam mengumumkan tentang kedatangan Islam. Sayyidina
Hamzah menerima Islam pada hari
tersebut. Kemuliaan beliau tidak mengecualikan
beliau dari dipukul dan dicaci. Beliau dipukul sehingga hidung dan teliganya mendapat kecederaan yang teruk dan seluruh muka beliau
dipenuhi darah. Beliau disepak, dibaling dengan kasut, dan dipijak dengan kasarnya sehingga beliau pengsan dan hampir mati. Ini membuktikan
kekuatan iman belia dan kecintaannya terhadap Rasulullah.
SAYYIDINA ABU BAKAR DIGELAR AS-SIDDIQ
Abu bakar digelar As-Siddiq kerana kepercayaan
dan sokongan beliau yang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah SAW. Beliau tidak pernah
sekalipun meragui kata-kata
mahupun perbuatan baginda SAW. Beliau membenarkan baginda ketika orang kafir Quraish menuduh
baginda gila selepas peristiwa Isra’ Mikraj, dan dia juga tidak pernah tergugat
dengan semua keputusan Rasulullah. Semasa perjanjian Hudaibiyah, saat mereka yang lain merasakan seolah-olah tertindas dan berat sebelah dengan isi kandungan perjanjian,
beliau yakin dan mempercayai keputusan baginda Muhammad SAW.
As-Siddiq bermaksud membenarkan dan tidak meragui apa-apa pun kata-kata
yang keluar dari mulur Rasulullah. Beliau mendapat gelaran ini daripada Rasulullah selepas peristiwa Isra’ Mikraj iaitu perjalanan
Nabi Muhammad SAW. pada waktu malam
dari Mekkah ke Jurussalam. Apabila mendapat berita mengenai Isra’ Mikraj, beliau berkata ;
“Apakah Muhammad yang berkata
begitu? Jika dia berkata begitu, maka aku mempercayainya. ”. Begitulah teguhnya
kepercayaannya terhadap
Rasulullah.
SAHABAT DI DALAM GUA
Apabila baginda
Muhammad SAW membuat keputusan
untuk berhijarah ke Madinah, Abu Bakar merupakan satu-satunya sahabat yang menemani baginda. Beliau membawa semua duitnya dan mula berhijrah pada waktu malam bersama
baginda. Mereka bersembunyi di gua hira’ selama tiga
hari.
Firman Allah di dalam
kitab-Nya : “ Jika kamu tidak menolongnya ( Muhammad ), sesungguhnya Allah telah menolongnya ( iaitu ) ketika orang-orang kafir mengusinya
( dari mekah ); sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada di dalam gua, ketika itu
dia berkata kepada sahabatnya “ Jangan engkau bersedih
sesungguhnya Allah bersama kita. ” Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya ( Muhammad ) dan membantu dengan bala terntera ( malaikat ) yang tidak terlihat olehmu, dan dia menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah. Dan firman Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. “ ( At-Taubah : 40 )
Oleh itu, antara sahabat-sahabat baginda yang lain, Abu Bakar mendapat
kemuliaan untuk menemani baginda di saat nyawa baginda
diancam oleh kaum Quraish.
Di sini, beliau terbukti amanah dalam setiap keadaan.
PEPERANGAN YANG DISERTAINYA
BERSAMA RASULULLAH SAW.
Beliau menyertai
hamper kesemua perang bersama Rasulullah. dalam peperangan pertama dalam Islam iaitu perang Badar, beliau berjuang bersama baginda seperti baying-bayang. Anak lelakinya yang belum memeluk Islam pada masa itu turut berperang
berpihak kepada tentera musuh, iaitu kafir Quraish. Suatu hari, selepas anak
lelakinya memeluk Islam, dia berkata kepada
ayahnya, “wahai ayahku, aku menemui
kamu dua kali ketika peperangan badar tetapi aku tidak
mampu mengangkat tanganku memerangimu kerana cintaku kepadamu” Abu Bakar kemudiannya menjawab “Jika aku berpeluang, nescaya aku akan
membunuhmu. ” Di dalam perang itu
juga, Abu bakar jugalah
yang mencadangkan kepada
Rasulullah untuk membebaskan
tahanan perang selepas mengambil wang tebusan.
Di dalam perang Uhud pula, apabila segelintir tentera Islam melarikan diri dari medan perang,
Abu bakar tetap teguh dan apabila baginda Muhammad SAW. cedera dan
di bawa ke bukit, beliaulah yang setia bersama baginda.
Semasa perjanjian
Hudaibiyah, Abu Bakar merupakan
orang pertama yang menyetujui
cadangan pelan damai Rasulullah tanpa ragu dan banyak soal sedangkan
ketika itu ramai muslimyang tidak setuju dengan
cadangan baginda. Bahkan Umar Al-Khattab ragu-ragu untuk
menerima perjanjian bersama kaum kafir Quraish.
Di dalam perjalanan ke tabuk,
Abu Bakar membawa semua harta yang dimiliknya untuk diinfakkan ke jalan Allah. Apabila Rasulullah bertanya kepada beliau : “Apakah harta
yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?” beliau menjawab “ sesungguhnya, aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya. ” Sedangkan
umar pun mengakui bahawa dia takkan
pernah dan mampu untuk menandingi abu Bakar dalam berkorban demi Allah dan Rasul-Nya.
ABU BAKAR
DILANTIK MENJADI KHALIFAH PERTAMA DI DALAM SEJARAH ISLAM
KEWAFATAN NABI MUHAMMAD SAW
Apabila beliau
mendapat berita tantang kewafatan Rasulullah, dia bergegas ke
rumah sayyidatina Aisyah r. a. di mana jasad
Rasulullah berada. Setelah mendapat izin, beliau masuk dan mencium muka Rasulullah dan mengalirkan air mata kesedihan. Di luar masjid pula, kebanyakan muslim menangis menangisi pemergian baginda Muhammad SAW. Bahkan Hadrat Umar juga tidak terkecuali, beliau bahkan menjerit
mengatakan baginda Muhammad
SAW. masih belum wafat. Saydina Abu Bakar cuba menenangkan Hadrat Umar tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia berdiri
di satu sudut bertentangan dengan tempat berdirinya hadrat Umar lalu berkata “Wahai manusia, jika kamu
beriman kepada Rasulullah, maka kamu seharusnya
tahu bahawa baginda telah wafat.
Tetapi sesiapa yang beriman kepada Allah, mereka seharusnya tau bahawa Dia maha
Hidup dan tidak akan mati.
Allah telah berfirman di dalam kitabnya :
“ Muhammaditu tidak
lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya
beberapa orang rasul. Apakah jika dia
wafat atau dibunuuh kamu berbalik
ke belakang (murtad) ? Barangsiapa berbalik ke belakang,
ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
“ ( Ali-Imran: 144 )
Kata-kata Abu Bakar menyentuh
hati semua orang dan meyakinkan orang ramai bahawa baginda Muhammad SAW. hanyalah seorang Rasul yang di utuskan-Nya dan pasti akan mati kerana baginda juga manusia biasa. Akhirnya, orang ramai mula bertenang
dan hadrat Umar redha dan merelakan pemergian baginda Muhammad SAW.
DIPILIH MENJADI KHALIFAH
Semasa hayat
baginda Muhammad SAW, baginda
tidak melantik mana-mana pengganti. Oleh itu, selepas kewafatan baginda, orang Ansar dan Muhajirin
mengadakan syura untuk melantik seorang khalifah. Perbincangan menjadi hangat apabila orang Ansar mahukan
Khalifah dari kalangan mereka dan cadangan itu tidak dipersetujui
oleh hadrat Umar. Walau bagaimanapun, Hadrat Bashir bin
Abu Nu’man dari kalangan Ansar bangun dan berkata bahawa Nabi Muhammad SAW.
dating dari kabilah Arab
Quraish, jadi khalifah mestilah
dilantik dari kalangan mereka dan kami orang
Ansar adalah penolong agama
Allah, jadi biarlah kami
(orang Ansar ) tetap menjadi penolong agama Allah.
Kata-kata hadrat Bashir bin Abu Nu’man
menenangkan semua orang lalu Abu Bakar mencadangkan dua nama iaitu Hadrat
Umar Al-Khattab dan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah. Mereka keduanya menolak lantas hadrat Umar berkata “Abu Bakarlah yang terbaik antara kita semua
kerana Allah telah mencatat
namanya di dalam Al Quran ( salah seorang di dalam gua ). Akhinya,
semua ahli syura bersetuju dan beliau dilantik menjadi Khalifah pertama Islam.
MASALAH YANG DIHADAPINYA SEMASA
PEMERINTAHANNYA.
Selepas kewafatan
baginda Muhammad SAW. pemberontakan
berlaku dalam kalangan masyarakat Arab Quraish.
Kaum-kaum yang memberontak kebanyakannya daripada mereka yang baru memeluk Islam. Mereka belum benar-benar memahami hakikat Islam kerana masuknya mereka ke dalam Islam hanyalah dipengaruhi oleh gerakan ramai dan segan terhadap kekuasaan Nabi Muhammad SAW. Bahkan
ada di antara mereka yang berkata bahawa mereka hanya
mahu solat tetapi enggan menunaikan
zakat. Begitulah bahaya
yang mendatang tetapi Abu
Bakar tidak berputus asa bahkan berkata
“ Apakah agama Islam itu mundur sedangkan
aku masih hidup?” Abu Bakar yang terkenal dengan sifat lembut
dan berhemah sangat tegas dalam menangani masalah ini (
orang Islam yang tidak mahu
membayar zakat ). Beliau berkata “Demi Allah, kalau mereka itu enggan
menunaikan kepadaku seutas tali pengikat
unta seperti yang telah ditunaikan kepada Rasulullah SAW, pasti aku akan perangi
mereka selagi pedang masih berada
di tanganku”. Hari pertama sebagai khalifah, beliau telah menghantar sebanyak 11 batallion tentera untuk memerangi
mereka yang murtad dan enggan
membayar zakat, selain memerangi nabi-nabi palsu contohnya Aswad Al-Ansi, Tulaiha, Sajah binti Al-Harith di
Suwaid dan Musailamah Al-kadzab.
Walaupun sibuk
memerangi kumpulan pemberontak itu, beliau tidak lupa
dan tidak membelakangkan hal penghantaran pasukan tentera di bawah pimpinan Usamah semasa baginda
Muhammad SAW masih hidup. Misi membawa Islam ke serata dunia diteruskan walaupun selepas kematian baginda. Sebelum Usamah bertolak, Abu Bakar telah meminta izin
dari Usamah supaya hadrat Umar, dimana ketika itu
menjadi tentera Usamah untuk tetap
di Madinah bagi membantunya
menghadapi krisis yang ada.
Tentera Usamah
pun berangkat menuju Qudha’ah. Mereka mengepung Qudha’ah selama empat puluh
hari. Pertempuran hebat berlaku dan akhirnya mereka kembali dengan meraih kemenangan. Kemenangan ini telah berjaya membuka
mata musuh Islam kerana semua orang maklum bahawa untuk menewaskan
Qudha’ah memerlukan sebuah pasukan yang amat kuat dan kepimpinan
yang mantap.
PERLUASAN KUASA DAN SUMBANGAN
ABU BAKAR SEMASA PEMERINTAHANNYA.
Selepas menyelesaikan
permasalahan yang timbul selepas kewafatan Nabi Muhammad
SAW. Abu Bakar mula mengorak
langkah untuk meluaskan empayar Islam ke luar Tanah Arab. Pertelingkahan dengan Parsi bermula apabila tentera Islam dihantar ke timur untuk
menghapuskan pemberontakan
orang Badwi. Orang parsi
yang memusuhi Islam telah menghasut penduduk di sempadan sebelah timur untuk menentang
Daulah Islam Madinah menyebabkan
pemberontakan berlaku.
Bagi menyelesaikan
masalah ini, Abu Bakar telah mengarahkan panglima Al-Muthana bin Harithah dengan bantuan Panglima Khalid bin
Al-Walid ( Saifullah ) bersama
dengan 10000 tentera untuk menentang Parsi. Pasukan tentera ini akhirnya berjaya
menguasai beberapa tempat di Hirah setelah berjaya menewaskan Hurmuz, iaitu pemimpin Parsi. Al-Muthana kemudiannya dilantik sebagai wakil pemerintah di Hirah dan Anbat. Peperangan yang dinamakan ‘Battle
Of Chain’ ini merupakan perang pertama yang tercetus antara pihak muslim
dan orang Syiria.
Setelah itu, penaklukan Syam pula berlaku dan tercetusnya perang Yarmuk. Peperangan ini merupakan peperangan yang paling mahsyur ketika penaklukan Syam. Ia diambil dari
nama satu sungai besar di Jordan, bermula daripada penaklukan Yarmuk, parajurit Islam terus membuka negeri Al-Quds, Damsyik,
Hams, Humaat, Halab dan
lain-lain.
Di medan Yarmuk, kaum muslimin
menghadapi 240, 000 tentera
romawi yang ternyata jauh lebih besar.
Abu Ubaidah lantas meminta Abu Bakar menghantar bantuan. Panglima Khalid al-Walid
yang berada di Iraq diarahkan
oleh Abu Bakar berangkat menuju
ke Syam dengan
membawa separuh pasukannya. Kepada Khalid
Al-Walid juga, Abu Bakar memerintahkan agar memimpin pasukan di syam setibanya di negeri tersebut.
Pada peperangan ini, Panglima Khalid Al-Walid membawa seramai 30, 000 hingga 40, 000 tentera Islam. Jumlah ini merupakan
jumlah pasukan muslim yang terbesar dan belum pernah terjadi
sebelumnya dalam sejarah Arab. Walaupun begitu, jumlah ini masih kecil
berbanding dengan jumlah musuh. Hal ini sedikit pun tidak membuatkan Khalid dan pasukannya gentar.
Mereka terus
berjuang dan akhirnya, dengan pertolongan Allah, perang yang dahsyat ini dimenangi oleh pasukan Muslim. Kemenangan mereka adalah disebabkan
mereka solat di tengah malam, berpuasa
di siang hari, menepati janji, mengajak kepada perbuatan ma’ruf, mencegah dari perbuatan
mungkar dan saling jujur antara mereka.
Abu Bakar
As-Siddiq dalam suratnya menjelang perang Yarmuk menulis :
“ Allah pasti
akan menolong orang-orang
yang menolong agama-Nya. Sebaliknya,
Dia pasti akan menghinakan orang-orang yang
kafir terhadap-Nya. Sesungguhnya
kalian tidak akan dikalahkan kerana jumlah kalian
yang sedikit, tetapi kalian
akan dikalahkan disebabkan dosa-dosa kalian. “
Abu Bakar sangat mengambil
peduli tentang etika dan akhlak semasa dalam peperangan.
Apabila beliau menghantar tenteranya ke Syiria, beliau
memberi arahan dan nasihat seperti berikut :
“ Semasa expidisi,
kamu akan menemui segelintir masyarakat yang mengabdikan diri mereka semata-mata
untuk beribadah kepada pencipta mereka. Jangan ganggu mereka dan biarkan mereka dengan kepercayaannya. Aku memberikan kepada kamu nasihat berikut :
1) Jangan membunuh
mana-mana wanita, kanak-kanak
mahupun orang tua.
2) Jangan memotong
mana-mana pokok yang berbunga.
3) Jangan memusnahkan
mana-mana tempat yang di diami.
4) Jangan membunuh
unta atau kambing kecuali apabila kamu memerlukan
mereka untuk dijadikan makanan kamu.
5) Jangan menipu
dalam pembahagian rampasan perang.
6) Jangan
menjadi pengecut di medan perang. “(Khan, 1998)
PENGHIMPUNAN AL QURAN
Idea penghimpunan Al
Quran tercetus apabila syahidnya beberapa orang huffaz Al Quran semasa perang Yamamah. Seramai 1200 orang syahid termasuk 73 orang sahabat besar dan juga para huffaz. Umarlah orangnya yang pertama kali mengusulkan cadangan penghimpunan Al Quran ini. Abu Bakar lalu memerintahkan kepada Zaid bin
Thabit untuk menghimpunkan
Al Quran daripada pelepah kurma, kulit binatang
dan daripada hafalan kaum muslim yang lain.
ABU BAKAR, PENYELAMAT UMAT ISLAM
Abu Bakar telah memegang jawatan sebagai Khalifah pertama Islam ketika Islam berada di tahap yang kritikal dalam sejarah Islam. Beliau memberi Islam nafas baru selepas
kewafatan baginda Muhammad
SAW. Semasa beliau menjadi Khalifah, Islam diancam dengan golongan pemberontak, kebangkitan nabi palsu dan gerakan orang murtad. Beliau berjaya menumpaskan mereka kerana kepercayaannya yang
tak pernah goyah. Beliau juga berjaya membawa semua ummat Islam bersatu di bawah pemerintahannya.
HARI AKHIR SAYDINA ABU BAKAR
AS-SIDDIQ
Pada tarikh 7 Jamadil Akhir 13 tahun selepas hijrah, Abu bakar jatuh sakit.
Beliau mengalami demam panas yang teruk. Apabila sakitnya bertambah teruk, beliau telah
memanggil ahli syura untuk berbincang
mengenai penggantinya. Abu bakar telah mencadangkan
Saydina Umar Al-Khattab untuk
menggantikannya selepas kematiannya. Mereka akhirnya sepakat untuk melantik Saydina Umar sebagai khalifah kedua selepas Abu Bakar.
Beliau telah
berpesan dan menasihati
Umar lalu berkata “ Wahai Umar, sesungguhnya
Dia tidak menerima nafilah (amalan sunat) sebelum
yang wajib dilaksanakan.
Orang-orang yang timbangannya di akhirat
menjadi berat kerana mereka mengikuti kebenaran di dunia. Orang-orang yang timbangannya
di akhirat menjadi ringan kerana mereka mengikut kebatilan, sehingga timbangan mereka pun ringan di dunia. Jadikan Al Quran dan kepercayaanmu
sebagai petunjuk jalan mencapai kejayaan. Umar, jika kamu mengikuti jalan yang aku lalui, maka aku
akan sentiasa di sisimu…
Akhirnya, pada tarikh
22 Jamadil akhir 13 tahun selepas hijrah,
Abu Bakar menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Abu Bakar meninggal
ketika umurnya 63 tahun iaitu pada hari khamis. Beliau
berkhidmat menjadi khalifah
selama 2 tahun, 3 bulan dan 3 hari. Beliau kemudiannya dikebumikan di kamar Aisyah di samping makam sahabatnya yang mulia iaitu baginda
Muhammad SAW.
PENUTUP
Secara kesimpulannya,
Abu Bakar telah menjadi sahabat karib Rasulullah semenjak mereka masih kanak-kanak. Ukhuwwah mereka berlanjutan sehingga ke akhir hayat
baginda. Beliau tidak pernah lokek
dalam memberi sumbangan dan sentiasa menginfakkan hartanya di jalan Allah sehingga tiada seorang sahabat
pun yang mampu menandinginya
dalam berbuat kebaikan.
Semasa pemerintahannya,
beliau berjaya mengembalikan keamanan dalam kalangan umat Islam setelah berjaya menumpaskan golongan murtad, nabi palsu dan mereka yang enggan membayar zakat. Beliau juga berjaya meneruskan penghantaran Usamah bagi memperkenalkan
Islam ke serata dunia. Pada
ketika ramainya huffaz gugur syahid,
beliau bertindak segera dengan mengumpulkan
Al Quran supaya ia tidak hilang di muka bumi.
Abu bakar mempunyai sifat yang terpuji sejak beliau
masih kecil. Beliau tidak pernah
minum arak, sentiasa jujur, amanah dan berkata yang benar. Sifat-sifat yang ditonjolkan oleh beliau sepatutnya terhias di setiap individu muslim. Sifat kepimpinan, kebijaksanaan, kesabaran dan prihatinnya beliau dalam memimpin
masyarakat Islam pada zaman itu
juga sewajarnya dicontohi
oleh pemimpin masa kini.
Seperti harimau
mati meninggalkan belang, Sayyidina Abu Bakar pergi meninggalkan nama. Sumbangannya terhadap kerajaan khulafa’ Ar-Rasyidin sangat banyak walaupun hanya memegang jawatan sebagai khalifah selama 2 tahun sahaja. Beliau berjaya membuktikan, keimanan dan kepercayaan yang kukuh terhadap Allah membawa kemenangan yang gemilang.

Komentar